بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ |
Makanlah makanan yang bersumberkan kekacang, seperti BADAM, PISTACHIO & WALNUT yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium & zink.
Vitamin B2 membantu dalam SEKRESI SEROTONIN iaitu hormon gembira, happy (kalau rasa sedih tu makanlah kekacang mcm ni yer)
Zink plak antara komponen yang diperlukan untuk melawan stress tu.
Vitamin E plak berkesan dalam menghalang penyakit jantung yang disebabkan oleh stress
Jom amalkan makan kekacang tapi dalam jumlah yang seimbang yer (jgnla makan sampai semangkuk bak tu, kang jadi hal lain plak) apapun seimbang yer!!!
Sape kat Malaysia ni tak suka makan ikan??? Boleh kata rata-rata rakyat Malaysia suka makan ikan kan!!!
IKAN dari laut dalam seperti ikan SALMON, MACKEREL (ala ikan tongkol tu, ataupun orang sebut ikan aya, ikan kayu) & SARDIN (ala ikan sardin kan murah ajer, tidak pun sardin dalam tin)
Kalau ikan air tawar plak ikan PATIN, ikan HARUAN
Ikan-ikan ni kaya dengan OMEGA 3, ia dapat membantu menstabilkan stress.
Lepas ni makan ikan bnyk2...sbb ikan kalau makan bnyk pun tak pe kan....lagi bagus makan ikan nanti kulit cantik.
Saper suka minum SUSU, haaa satu lagi kelebihan susu ni, sbb susu kaya dengan antioksidan & mengandungi kalsium yang tinggi utk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stress 9 minum ajer susu, tak payah faham pasal radikal bebas pun tak ape)
Makanan kegemaran Rasulullah ialah LABU, ayuh kita amalkan makan LABU sbb labu ni kaya dengan vitamin C. Buah JAMBU BATU juga kaya dengan vitamin C. Sebab apa kita digalakkan makan LABU & JAMBU, sbb keadaan stress yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan vitamin C, kalau kurang vitamin C, gusi kita selalu berdarah. Dah faham sekarang !!!
Ermm... ROTI, salah satu juga makanan feveret saya....tapi roti yang perlu kita ambil ialah ROTI BIJIRIN PENUH, BIJIRIN SARAPAN MIL PENUH, BERAS PERANG & OAT (skrg bnyk dah oat 3in1, senang jer...bancuh jer kan, terus minum)
Bijirin penuh ni, mengandungi kabohidrat kompleks yang bertindak merangsang pengeluaran hormon SEROTONIN (dah bagitau kan apa tu serotonin)
Last sekali buah APRIKOT, senang jer nak dapatkan buah ni, APRIKOT kering amat kaya dgn magnesium & berkhasiat utk membantu tenangkan otot dari dalam & mengawal atur hormon stress.
Itu adalah makanan2 yang dianjurkan supaya kita makan utk menggelakkan stress. Rasanya berkesan kerana saya memang amalkan & Insha Allah, setakat ini stress tidak ada dalam kamus hidup saya. TAK RUGI kalau kita amalkan...bertambah cantik, ceria & yang penting tak de stess kan!!!
wallahu a’lam
Berkatalah pada diri anda "Saya mahu sihat dan saya usaha untuk sihat" Ulang ayat ini sehingga anda benar-benar yakin berusaha ke arah itu. Bukankah Allah telah berfirman. "Allah mencintai orang yang mensucikan dirinya" (At-Taubah:108)
No comments:
Post a Comment