Tuesday 25 February 2014

MASALAH PERUT BUNCIT


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Alhamdulillah, hari ni nak kongsi sikit makanan yang sesuai diambil oleh orang yang mempunyai masalah perut buncit, yang tak buncit pun tak pe, bole ambil, tiada masalah, insha Allah,mudah-mudahan kalau diamalkan mana tahu perut yang buncit bole slim kan, tapi janganlah makan jer, amalkan senaman juga,kawal pemakanan dan cara makan kita, baru perut tak buncit kan!!!


11 Jenis Makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah perut buncit

Bijirin OAT
Sarapan pagi dengan bijirin oat membuatkan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lama, pelbagaikan cara hidangan seperti campurkan dengan buah-buahan kegemaran atau dijadikan minuman


Badam & kekacang
Makan segenggam kekacang tanpa garam sebagai snek harian anda


Telur
Telur mengandungi vitamin B12, iaitu zat  yang diperlukan tubuh untuk membakar lemak, disarankan 2 biji sehari mengikut keperluan tubuh


Serbuk protien
Ianya mengandungi asid amino yang berupaya membakar lemak dan membina otot. Campurkan 2 sudu kecil serbuk protien didalam susu anda


Buahan beri
Nikmatilah buah beri kerana semua jenis beri kaya dengan kandungan serat yang baik untuk tubuh kita


Daging tanpa lemak dan ikan
Pilih daging tanpa lemak atau ayam tanpa kulit dan ikan kerana tubuh kita membakar lebih banyak kalori  untuk menghadamkan makanan berasaskan protien berbanding karbohidrat dan lemak


Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu, bagus untuk tubuh kerana membantu mengawal kadar kolestrol dalam darah agar kekal stabil


Mentega kacang
Pilih mentega kacang asli tanpa campuran bahan lain seperti jeli dan sebagainya, ianya sangat kaya dengan kandungan naisin yang berfungsi memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggelakkan perut daripada kembung, bagaimanapun mentega kacang mengandungi kadar lemak yang tinggi, jadi hadkan pengambilannya


Kekacang dan bijian legume
Kekacang seperti dal, kacang kuda sangat rendah kalori  dan tinggi nilai kalori dan serat iaitu komponen yang diperlukan bagi membentuk otot tubuh ,mengurangkan berat badan dengan lebih efektif serta membantu mengekalkan keanjalan otot. Serat yang tinggi juga bagus melancarkan proses penghadaman. Tapi jangan makan yang bergoreng, pilihla cara yang lebih sihat seperti merebus.


Sayuran hijau
Makan sayur seperti sayur bayam, brokoli yang sangat tinggi serat dan rendah kalori, masak dengan kaedah yang betul untuk mengekalkan nutrisinya.


Bijirin gandum penuh
Makanan berasaskan gandum penuh adalah pilihan karbohidrat terbaik sewaktu berdiet. Pilih produk gandum yang tertera 'whole  grain' atau '100% wheat'. Gandum membekalkan sumber tenaga,kaya dengan serat dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

Pilihan makanan sihat ditangan kita.!!!
Kita adalah apa yang kita makan......

ZADANALLAH ILMAN WA HIRSHA.....


Selamat mengamalkan yer wahai sahabat2.....





No comments:

Post a Comment